Lovely Family !

♥ SAYA SAYANG MEREKA ♥

Friday, April 15, 2011

:: kerana saya tak cantik ? ::

assalamualaikum.. sihat semua ? saya di sini.. alhamdulillah... hari ni.. saya nak taip tentang perkara yg amat2 subjektif iaitu ..  ' CANTIK .. '


Saya nak jd cantik seperti mereka tp agak mustahil kan..kecantikan mereka merupakan kurniaan Illahi, dan saya tidak dikurniakan memiliki kecantikan seperti itu...Namun saya redha dengan apa yang Allah beri pada saya. ada org cakap cantik tu subjektif. Ada org yang nampak cantik di mata semua orang, dan ada orang yg nampak cantik di mata sesetengah orang sahaja. Saya mengaku, kata-kata itu ada memg benarnya. Jadi, saya tidak lagi mencuba untuk nmpk cantik di mata sesiapa.

Kecantikan luaran memang tidak boleh diubah , tetapi kecantikan peribadi masih boleh saya miliki.... saya sentiasa berusaha menjaga akhlak dengan sesiapa sahaja supaya saya disenangi... jadi, saya masih berpeluang untuk mengubah perangai dan akhlak saya... Biarlah rupa paras tidak cantik, asalkan peribadi dan akhlak saya cantik..

Slowly, saya mencuba sedaya upaya untuk memiliki sifat-sifat baik yang perlu dimiliki oleh wanita muslimah... saya  membentuk ciri-ciri saya sendiri yang Allah pendamkan dalam jiwa saya berdasarkan yang telah diajar oleh Baginda Rasulullah saw..

Secara jujurnya saya tidak mampu untuk memiliki sifat lemah-lembut seperti mereka...Saya terdidik dengan kritikan dan kotak hati saya sedikit sebanyak telah terguris walaupun pada dasarnya tidak pernah nmpk pun cmtu... Namun kerana itulah, ia telah membentuk peribadi yang lebih keras dan tegas supaya saya mampu mengharunginya.

Saya telah berusaha untuk menjadi yang terbaik, namun masih ada lagi kata-kata yang terkeluar daripada mulut-mulut yang tidak sedar dengan pemberian Allah yang mampu mengguris perasaandan sekali lagi kotak hati saya nehh....


Saya betul-betul terguris dengan kata-kata seperti itu walaupun saya tidak pernah menzahirkannya. Hanyalah Allah yang memahami perasaan saya.
Walaupun hati saya banyak terguris dengan kata-kata mereka, namun saya bertekad dan ingin membuktikan bahawa kecantikan bukan penentu kebahagiaan, yang penting adalah dengan ilmu yang saya miliki dan cara saya membawa diri. tidak guna cantik jika tiada ilmu... ^_^

Kekurangan saya, akan saya jadikan perangsang untuk berjaya. Saya boleh berjaya jika saya berusaha, bukan kerana paras rupa saya. Biarlah saya menang kerana memiliki ilmu bukan kerana memiliki kecantikan. Setiap orang memiliki kelebihan masing-masing, dan kelebihan tersebut perlu dicari dalam diri sendiri.
Alhamdulillah... Banyak pengajarannya daripada kekurangan saya ni. Terima kasih Ya Allah....

Disebabkan saya tidak cantik, saya tidak jadi mangsa gangguan lelaki-lelaki yang rosak akhlaknya....Kerana saya tidak cantik, saya dapat pelihara diri saya daripada pandangan bernafsu lelaki yang tidak menjaga pandangannya...Kerana saya tidak cantik, saya selamat daripada menjadi senjata iblis mencairkan iman lelaki....Kerana saya tidak cantik, saya tidak mendapat fitnah dan cemburu daripada wanita-wanita lain....Kerana saya tidak cantik, saya tidak mengharapkan pujian daripada mana-mana lelaki dan wanita, dan kerana saya tak cantik, akhirnya saya menemui insan yang mencintai saya seadanya.

Paling penting, kerana saya tak cantik, saya sentiasa mencuba untuk menjadi cantik pada pandanganNya.

Cantik tidak semestinya dinilai dengan kecantikan paras rupa, namun kecantikan juga boleh diukur dengan akhlak yang baik, ilmu yang berguna, serta cara kita membawa diri... Apa yang penting ,kita  kenali kecantikan semulajadi diri sendiri dan lakukan yang terbaik untuk menjaganya.... Jika mengharapkan sesuatu yang Allah tidak ciptakan untuk jadi milik kita, kita tidak akan mengenali erti bersyukur...

Cantik pada pandangan manusia bukanlah apa-apa.Saya ingin berpesan kepada saudari-saudari sekelian yang mengejar kecantikan. Tiada wanita yang lebih cantik, melainkan wanita solehah.Cantik di dunia, tidak membawa sebarang kebahagiaan di akhirat kelak. Cantiklah untuk DIA, maka segalanya akan menjadi CANTIK.



papan keyboard write : ' bersyukurlah dengan apa yang kita ada kerana semuanya tidak kekal selamanya.. '

wasalam.. ^_^
♥ Thanks for reading dear ! ♥

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...