Lovely Family !

♥ SAYA SAYANG MEREKA ♥

Wednesday, August 17, 2011

Andai Kau Tahu....

Assalamualaikum... 

hari ne nak share something ! bende nee dah lama pun, cume nak share jgk ngn kawan2.. bole kan ?

lets start ! ^_*


Andai kau tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,
 lelaki itu tidak semestinya punya segalanya 
tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andai kau tahu.. 
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata
itu bukan bermakna dia lemah, 
tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.


Andai kau tahu.. 
Apabila seorang perempuan marah
memang dia tidak mampu mengawal perasaannya 
tapi percayalah,
 itulah maknanya dia sangat mengambil berat 
dan menyayangi lelaki itu.


 Lihat saja pasangan yang baru bercinta, 
mereka jarang bergaduh.
 Tetapi percayalah, 
semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, 
semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andai kau tahu..
 Apabila perempuan bercakap banyak
dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas,
 tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andai kau tahu.. 
Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah,
 itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, 
tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik,
 bukan untuk dirinya,
 tetapi untuk masa depan anda.


Andai kau tahu.. 
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda
bukan bermakna dia tidak sayang.
 Tetapi dia terlalu sayangkan anda 
dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. 
Kadang-kadang dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, 
anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. 
Naluri keibuannya sangat kuat. 
Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai kau tahu.. 
Apabila perempuan merajuk
jangan kata dia mengada-ngada. 
Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit 
atau hadiah sedozen, 
tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.


Andai kau tahu.. 
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’
itu tidak bermaksud dia tidak menyintai 
tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, 
bukan hanya hadir dari kata-kata 
tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.


Andai kau tahu.. 
Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu
dia benar-benar maksudkannya. 
Apabila berjauhan,
 bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andai kau tahu.. 
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu
jangan percaya kata-katanya 
kerana dia hanya mahu menguji kamu. 
Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. 
Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya.
 Selagi dia dengan kamu, 
percayalah, 
walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya
 tetapi di hatinya, 
kamu tetap yang terbaik.


Andai kau tahu.. 
Apabila perempuan menjadi degil
dia bukan bermaksud untuk menjadi degil
 tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. 
Percayalah,
 hati perempuan itu sangat lembut.
 Andai kena caranya, 
jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai kau tahu..
 Apabila perempuan bertindak seperti give up
dia tidak bermaksud akan pergi selamanya. 
Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja.
 Apabila dia kembali tenang, 
percayalah dia akan mencari anda semula.
 Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. 
Perempuan sukar untuk mengawal perasaan.
 Dia terlalu emosional. 
Tapi dialah yang paling menyayangi anda 
dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.


Andai kau tahu..
 Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu 
dengan perbezaan yang tersendiri. 
Tetapi sekiranya mereka saling memahami,
 mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . 
Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali.


Di sebalik air matanya,
 tersimpan seribu satu kekuatan 
yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. 
Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah 
tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia 
dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.


 Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan 
dalam hidup anda 
kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja 
tetapi dia juga ada kekuatan
 untuk menyongkong anda 
dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. 

Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, 
isteri juga ibu yang terbaik untuk anak-anak anda.


wassalam.. ^_^

♥ Thanks for reading dear ! ♥

2 comments:

  1. sumenya betul la..... manisnye kalau lelaki faham sume ni..... ni kita pulak yang kena pujuk diri sendri... hahhaha

    ReplyDelete
  2. so sweet...kalu lah si dia dapat baca semua nie..alangkah indahnya...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...