Lovely Family !

♥ SAYA SAYANG MEREKA ♥

Thursday, October 10, 2013

goodbye



t's been a while..
It's been a while.. since the last time we talked to each other.
I know you're kinda busy with your life now, and maybe,
That's the reason why you don't have enough time for me.

You know what??
I MISS YOU..
I miss those times when we share LAUGHTER... TEARS..
 I miss EVERYTHING.

I remember the time when you told me,
That were going to STAY FOREVER..
But, looks like things have changed... 
YOU'VE CHANGED.

I MISS YOU SO MUCH..
I just wanna say that, "I'M SORRY"
Sorry, if I can't understand you, right now.
Even if I try to..

It's just that, things aren't working out properly,
Between the two of us anymore.
I'm tired of CRYING.
I wanted this relationship to last, but it will just hurt myself more.

Don't worry, I promise you, I will be fine.
I will TRY to be fine. :(
It tears me up inside..
I don't wanna do this but I MUST.

"I'M LETTING YOU GO.." :(

THANK YOU for being part of my life.
THANK YOU for everything.
You are the reason why I became like this.
I am now a STRONGER PERSON.

You taught me how to be TOUGH.
You taught me how to be STRONG.
THANK YOU.
I'm trying to hold the tears... I'M TRYING.

Go ahead, just GO.
I'm setting you free.
I guess, it's now time to say GOODBYE.
YOU CAN GO NOW.

I LOVE YOU, FOREVER.

♥ Thanks for reading dear ! ♥

Tuesday, September 24, 2013

jodoh


:♥ Kita BERKENALAN secara tak sengaja, adalah PERANCANGAN ALLAH.. :♥ Kita BERKAWAN begitu lama bertahan pun, ALLAH yang RANCANG.. :♥ Kita dikurniakan RASA SUKA antara satu sama lain juga, ALLAH yang BERI.. :♥ Kita masih BERSAMA walau banyak dugaan menimpa, ALLAH yang ATURKAN.. :♥ Kita dikurniakan KESEDARAN dan KEINSAFAN juga kerana, ALLAH SAYANG PADA KITA.. :♥ Kita BERJAUHAN untuk mencapai REDHA-NYA juga, DIA yang RANCANG... :♥ Kita BERDOA untuk KEBAHAGIAAN masing2 juga, ALLAH yang DETIKKAN dalam hati kita..

dan ketahuilah, sama ada hubungan kita akan BERKEKALAN sehingga ke SYURGA atau TERPUTUS di TENGAH JALAN juga ALLAH yang akan tentukan... jadi, usah risau.. andai kamulah jodoh yang ditetapkan ALLAH di Luh Mahfuz untuk saya... InsyaAllah kita akan BERSATU Juga
walau dipisahkan dengan jarak dan masa...♥♥♥
 

p/s :C&P
♥ Thanks for reading dear ! ♥

Monday, December 31, 2012

Happy 2013 !

Assalamualaikum readers ~ :)

tersangat3 lah lama ayu x update blog ! hehew ~ so . ada kesempatan kejap nii memandang kan hari ni tahun baruu ... skrg ni musim final exam , need to focus ! now ayu tinggal lagi 3 paper ... wink3 ! ^_^ 

just wanna wish 'Happy new Year' ! 

hope 2013 lebih bermakna and will be more better than the last last last years ~ and i wanna be a better muslimah ~ insyaAllah ! moga kite sume dirahmati Allah ~ aminnnn ! :) 

p/s : just a simple entry ! :p

♥ Thanks for reading dear ! ♥

Sunday, December 30, 2012



DOA SUPAYA JADI RAJIN & TENANG DARIPADA KESEDIHAN


SETIAP DARIPADA KITA MAHU MENGELAK DARIPADA TERUS BERSEDIH, MENJADI SEORANG YANG RAJIN DAN MENNGELAKKAN DIRI DARIPADA BERHUTANG..AMALKAN DOA INI SETIAP HARI SELEPAS SOLAT LIMA WAKTU..INSYALLAH

..Allahumma, aku berlindung daripadaMu dari rasa sedih dan gelisah, dan aku berlindung daripadaMu dari kelemahan dan kemalasan, dan aku berlindung daripadamua daripamu dari sifat pengecut dan bakhil, dan aku berlindung daripadaMu dari cengkaman hutang dan penindasan orang (3x)..aminnn
SETIAP DARIPADA KITA MAHU MENJADI SEORANG YANG RAJIN..AMALKAN DOA INI SETIAP HARI SELEPAS SOLAT LIMA WAKTU..INSYALLAH .
.
Allahumma, aku berlindung daripadaMu dari rasa sedih dan gelisah, dan aku berlindung daripadaMu dari kelemahan dan kemalasan, dan aku berlindung daripadamua daripamu dari sifat pengecut dan bakhil, dan aku berlindung daripadaMu dari cengkaman hutang dan penindasan orang (3x)..aminnn
♥ Thanks for reading dear ! ♥

Friday, June 29, 2012

Jom dgr sesame ... ^_^


♥ Thanks for reading dear ! ♥

Testing2..

Nk testing jp ek..^_^



♥ Thanks for reading dear ! ♥

Sunday, April 1, 2012

10 Perkara Yang Merosakkan Otak!!!


10 Perkara Yang Merosakkan Otak!!!



1. TIDAK MENGAMBIL SARAPAN PAGI.

Otak merupakan organ yang paling banyak menggunakan tenaga, iaitu sebanyak 25% daripada keperluan tenaga badan. Tidak mengambil sarapan pagi menyebabkan paras gula dalam darah menjadi rendah dan mengurangkan bekalan nutrisi pada otak. Banyak sel-sel otak akan mati dan keseluruhan otak akan menjadi kurang aktif pada hari tersebuit.


2. TERLEBIH MAKAN.

Tidak bermakna makan berlebihan menyebabkan otak menjadi semakin baik. Makan berlebihan menyebabkan banyak darah dialirkan kepada perut dan usus untuk tujuan pencernaan, menyebabkan kekurangan darah yang sampai kepada otak. Ini mengakibatkan mengantuk, malas dan hilang daya focus.


3. MEROKOK.

Asap rokok sangat merbahaya kerana mengandungi pelbagai racun dan boleh membunuh banyak sel-sel otak.


4. MENGAMBIL GULA BERLEBIHAN.

Gula yang berlebihan dalam badan boleh mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Ia juga boleh mengganggu perkembangan otak yang sihat.


5. MENGHIDU UDARA TERCEMAR.

Otak merupakan pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia. Menghidu udara tercemar menyebabkan kerosakkan sel-sel otak. Berkawan dengan perokok juga mendedahkan kita kepada asap rokok yang sangat merbahaya kepada otak.


6. TIDUR YANG BERLEBIHAN.

Tidur adalah baik untuk kesihatan otak kita. Namun tidur yang berlebihan menyebabkan otak kurang aktif dan melemahkan daya fberfikir seseorang.


7. TIDUR DENGAN MENUTUP MUKA.

Tidur sambil meniarap dan menekup muka ke bantai atau menutup dengan buku atau lengan boleh menyebabkan banyak gas karbon dioksida terperangkap dan disedut semula semasa bernafas. Ini boleh menybabkan otak kekurangan oksigen.



8. KURANG BERIMAGINASI.

Berfikir merupakan satu cara yang baik untuk mengasah otak kita. Kurang berimaginasi menyebabkan tahap kecerdasan otak menurun.


9. JARANG BERFIKIR,

Jarang berfikir menyebabkan otak kita menjadi lembap dan tidak aktif. Maka, selalu berfikir akan melatih otak kita berkerja dan meningkatkan keupayaan otak kita.


10. TIDAK MEMBACA AL-QURAN.

Al-Quran merupakan kalimah-kalimah Allah s.w.t. Membacanya akan member banyak manfaat kepada badan kita termasuklah mengaktifkan otak kita dan mengelakkannya daripada rosak. Tidak membaca al-Quran menyebabkan otak kita menjadi dungu dan dangkal.

Dari Majalah Gen-Q Isu 3.


♥ Thanks for reading dear ! ♥

Saturday, March 31, 2012

Untuk mu Adam dan Hawa


Adam...
Kau bilang dirimu hebat dan kuat ibarat pahlawan,
Gagah perkasa seperti Badang,
Kau gunakan Hawa sebagai umpan,
Untuk membuktikan kelelakianmu yang hanya temberang.

Hawa...
Kau bangga dengan kecantikan lahiriah yang ada padamu,
Kau sanjung tinggi Adam yang terpikat dengan keindahan rupamu,
Kau tersenyum manis saat Adam melihat lenggok tubuhmu,
Tapi kau marah dan benci bila ada segelintir Adam yang menegurmu.

Adam...
Kadangkala kekacakan yang ada padamu,
Bisa membuat Hawa lemah dan cair ibarat ais terkena api,
Hati yang rapuh mudah luluh dan tunduk pada nafsu,
Jiwa yang halus mudah pula jatuh hati.

Hawa...
Iblis menggunakanmu sebagai umpan untuk memerangkap Adam,
Kau harus ambil kesempatan ini untuk memperdayakan Iblis,
Selamatkanlah Adam dari cengkaman api yang tidak akan terpadam,
Jatuhkanlah musuh Islam dengan akal satumu yang genius.

Adam...
Kata-kata manis nistamu bisa menggoda hati Hawa,
Senyum nakalmu membuatkan Hawa semakin suka,
Lembutmu dalam berkata membuatkan Hawa senang mendekatimu,
Sikap prihatinmu membuat Hawa tergilakan perhatianmu.

Hawa...
Sikapmu yang tidak endah menjadikan Adam berani terhadapmu,
Berani mengambil kesempatan untuk menyentuh maruahmu,
Ketidaktegasanmu membuatkan Adam semakin suka akan dirimu,
Hingga kau pun hanyut dalam dunia cinta palsu.

Adam...
Kau bilang akalmu sembilan mengalahkan nafsumu yang satu,
Gunakanlah akalmu itu untuk mendidik nafsumu yang boleh membinasakan Hawa,
Cerdikkanlah akalmu itu dengan berjihad menentang nafsumu,
Agar Hawa terpelihara sentiasa dalam jagaan taqwa.

Hawa...
Lenggok tubuhmu bisa membuat Adam terpaku dan mata menjadi sepi,
Lembut suaramu bisa mencairkan hati lelaki Adam,
Longgarkanlah pakaianmu agar tubuhmu tertutup rapi,
Tegaskanlah suaramu supaya syaitan tidak berpeluang merasuk Adam.


Oleh itu Adam...
Bersikap tegaslah dengan Hawa dalam setiap urusanmu,
Kau harus kuat dan sabar dalam membimbing Hawa yang semakin liar,
Kau harus teruskan perjuanganmu menentang hawa nafsumu,
Agar nafsu Hawa tidak terus-terusan menular.


Adam...

Hawa meminta agar kau bersikap tegas dan berani,
Supaya Hawa takut untuk menggoda dan mendekati,
Supaya syaitan tidak membisikkan godaan nafsu durjana,
Agar kau bisa menjadi pemimpin dan ketua yang diidami Hawa.

Begitu juga Hawa...
Mahalkanlah senyummu yang bisa menawan hati lelaki,
Jagalah dan peliharalah aurat dan maruah dirimu,
Untuk membentengi nafsu yang sangat dibenci,
Agar kau suci terpelihara saat Adam menyuntingmu.

Hawa...
Adam mudah cair dengan keanggunan wajahmu,
Namun...itu bukanlah yang Adam harapkan,
Adam mengharapkan Hawa yang berpegang teguh pada agama sebagai penyuci kalbu,
Adam juga menginginkan Hawa yang sopan dan memelihara aurat dalam berpakaian.
Dan

Untukmu Adam :
Jadilah Adam yang berpendidikan tinggi dalam agama yang bisa membimbing Hawa dari menjadi mangsa godaan syaitan dan nafsu yang boleh membinasakan.
Jadilah Adam yang murah dengan kata-kata nasihat dan teguran yang boleh memperbaiki Hawa.
Jadilah Adam yang sentiasa berjuang menentang nafsu dan memelihara maruah diri untuk orang tercinta yang sah bergelar isteri.
Jadilah juga Adam yang boleh menjadi ketua keluarga, imam dalam solat berjemaah dan pemimpin agama seperti yang diingini oleh Hawa.


Untukmu Hawa :
Jadilah Hawa yang tinggi dengan didikan agama, merendah diri dengan akhlak terpuji dan baik hati. Jadilah Hawa yang menjaga aurat dan maruah diri dari sewenang-wenangnya dilihat ajnabi.
Jadilah Hawa yang sentiasa haus akan ilmu nasihat dan teguran sebagai persiapan menjadi Hawa yang solehah untuk seorang yang sah bergelar suami.
Jadilah juga seorang Hawa yang bisa menjadi anak, ibu dan isteri yang solehah serta hamba Allah yang beriman dan bertaqwa seperti yang diidamkan oleh Adam.

♥ Thanks for reading dear ! ♥

Tuesday, March 27, 2012

Sudikahh ....... ?



Satu ketika kau bertanya.... 

…………………..

Sudikah kau menjadi Makmum disetiap solatku..

agar solatku lebih bermakna dan terjaga hendaknya..

……………………

sudikah kau menjadi Penjaga diri dan maruahku

agar hidupku lebih tenang dan bahagia

…………………….

sudikah kau menjadi Pendidik hati dan jiwaku

agar rohaniku terisi hikmahNya dan akhlakku terjaga hendaknya

……………………..

sudikah kau menjadi Pemerhati setiap gerak dan langkahku

agar aku tahu mana salah dan buruk lakuku



Suami imam rumahtangga
……………………….

sudikah kau menjadi Peneman di kala suka dan duka ku

agar satu hari, jika ujian itu datang air mataku ada yg menghapuskan..

……………………….

sudikah kau menjadi Pembela diriku dan agamaku

agar aku terus berada di atas jln yg benar

………………………..

sudikah kau menjadi Penggerak semangatku..

agar bila aku kelesuan kau mampu memberi bantuan

walau hanya sekadar senyuman 

………………………..

Sudikah kau menjadi Sahabat buat diriku..

mendengar luahan hatiku

agar aku boleh berbicara apa sahaja dengan mu tanpa rasa ragu..

………………………….

Sudikah kau menjadi Penghibur tika ku kesunyian

agar aku boleh ketawa riang

==================



Satu ketika aku menjawab…

“Ya, Aku sudi..

Kerana kau pilihanku kerana ILLAHI

dan Kau juga memilihku kerana petunjuk RABBI

Tetapi,

aku kembalikan soalan ini kepadamu..

Cinta perkahwinan

…………………………..

sudikah kau terus menjadi IMAM di setiap SOLATKU?

jika aku sudah tidak seperti dulu?

……………………………

Sudikah kau pula menjadi

Imam, Penjaga, Pendidik

Pemerhati, Peneman, Pembela

Penggerak, Sahabat dan Penghiburku


Jika suatu ketika nanti

aku sudah tidak mampu lagi menjadi

Makmum di setiap solatmu…


Jika aku sudah tidak mampu lagi

menjagamu, menemanimu

memerhatikanmu, mendidikmu

membelamu, menggerakkanmu

menjadi sahabatmu dan menghiburkanmu


Sudikah kamu wahai …………………?



Aku percaya..kamu masih sudi..

“Kerana Aku pilihanmu kerana ILLAHI

dan Aku juga telah memilihmu kerana petunjuk RABBI..”


~~Keluarga bahagia impian bersama ~~

♥ Thanks for reading dear ! ♥

Sunday, March 25, 2012

Wanita - Akal Senipis Rambutnya ~


Jangankan lelaki biasa,nabi pun terasa sunyi tanpa wanita. 
Tanpa mereka, fikiran dan perasaan lelaki akan resah. 
Masih mencari walau ada segalanya. 
Apa yang tiada dalam syurga? 
Namun adam tetap rindukan hawa. 

Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok. 
Untuk diluruskan oleh lelaki. 
Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus, 
Mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus.


Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjuk oleh Allah, 
Kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah. 
Didiklah mereka dengan panduan darinya. 
Jangan cuba menjinakkan mereka dengan harta, kerana nantinya mereka semakin liar.
Janganlah hiburkan mereka dengan kecantikan, kerana nantinya mereka akan semakin derita. 
Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal. Di situlah punca kekuatan dunia. 

Akal senipis rambutnya, tebalkanlah ia dengan ilmu. 
Hati serapuh kaca, kuatkanlah ia dengan iman... 
Perasaan selembut sutera, hiasilah ia dengan akhlak.


Suburkanlah ia kerana dari situlah nantinya... 
Mereka akan lihat nilaian dan keadilan Rab... 
Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan.. 
Ia bukan diskriminasi Allah...sebaliknya di situlah kasih dan sayang Allah... 

Wanita yang lupa hakikat kejadiannya... 
Pasti tidak akan terhibur, dan tidak akan menghiburkan... 
Tanpa iman, ilmu dan akhlak..mereka tidak akan lurus... 
Bahkan akan semakin membengkok... 
Itulah hakikatnya andai wanita tidak kenal Rabbnya...


Bila wanita menjadi derhaka...pasti dunia lelaki akan menjadi huru hara.... 
Lelaki pula janganlah mengharapkan ketaatan semata-mata... 
Tapi binalah kepimpinan... 
Pastikan sebelum wanita menuju ilahi, pimpinlah diri kepadanya... 
Jinakkan diri kepada allah... 
Nescaya akan jinaklah segala-galanya di bawah pimpinanmu... 
Janganlah mengharapkan isteri semulia Fatimah Az-Zahra' 
Seandainya dirimu tidak sehebat saidina Ali karamallahuwajhah 


Wallahua'lam..


♥ Thanks for reading dear ! ♥

Friday, March 2, 2012

Kalau kita di KECEWAkan apa yang kita buat??

Kalau kita di KECEWAkan apa yang kita buat??


→ ( -_-) - Mestilah MENANGIS dan SEDIh


→ SEBAB......??
...
→ ( -_-) - Tak SANGKA orang sanggup buat kita macam tu

→ dan lepas tu kamu BUAT APA??

→ ( -_-) - Tak nak PERCAYA pada dia lagi!!

→ 0o0 macam tu ke?

→ ( -_-) - Mestilah!

→ TIDAK RASA ke KECEWA itu satu HADIAH dari ALLAH SWT???

→ ( -_-) - Sebab??




♥ Dari kerana sebab KECEWA,
ALLAH SWT mengajar kita LEBIH bersikap BERHATI -HATI DAN JANGAN terlalu mengharap pada Makhluk-Nya, INDAHKAN??

♥ JADI jangan sedih sangat ,INGAT kita ada ALLAH SWT yang SENTIASA bahagiakan kita ♥

ALHAMDULILLAH
ALHAMDULILLAH
ALHAMDULILLAH

S è ñ y u m
S y ü k ü r
S è l ä l ü . . * _ * ♥ :)

♥ Thanks for reading dear ! ♥

Thursday, January 12, 2012

4 ucapan yang PALING DISUKAI Allah SWT

4 ucapan yang PALING DISUKAI Allah SWT.




1) Barangsiapa membaca LA ILAHA ILLALLAH, maka sesungguhnya Allah menuliskan bagi setiap satu perkataan itu 20 kebaikan serta menghapuskan 20 keburukan (dosa).


2) Barang siapa membaca ALLAHU AKHBAR, maka sesungguhnya ia menunjukkan keagungan Allah dan dituliskan bagi mereka yang membacanya 20 kebaikan, menghapuskan 20 keburukan (dosa).



3) Barangsiapa membaca SUBHAANALLAH, maka Allah menuliskan baginya 20 kebaikan serta menghapuskan 20 keburukan (dosa).

4) Barangsiapa membaca ALHAMDULILLAH, maka sesungguhnya ia adalah pujian bagi Allah. Allah menulis baginya dengan perkataan tersebut 30 kebaikan dan menghapuskan 30 keburukan (dosa).





ok kawan2 .. Renung2 kan dan selamat beramal ... ^_^ 




♥ Thanks for reading dear ! ♥

Renung2 kan ~ ^_^

♥ Pinjamkanlah kekuatan semangat pada teman yang memerlukan meskipun saat itu kau sendiri sedang lemah.

♥ Sandarkan bahu buat sahabat yang kesedihan meskipun saat itu kau sendiri kau sedang menangis.

♥ Bersedekahlah kepada yang memerlukan infakmu meskipun saat itu kau sendiri sedang kesempitan..♥

♥ Luangkan masa untuk mendengar bicara sahabatmu yang mungkin ada masalah walaupun kau sendiri sedang menanggung beban masalah yg payah untuk dipikul..♥

♥ Hakikatnya bukankah manusia itu pendosa dan sering lupa.♥

♥ Hakikatnya menasihati dan membantu org lain bermakna kau sedang menasihati dan membantu diri sendiri.♥

♥ Aura positif tidak datang jika tiada charge negatif yg menarik.♥

♥ Dan kebaikan itu menghapuskan keburukan...♥
♥ Thanks for reading dear ! ♥

PisahkanLAH KAMI ~


♥ Thanks for reading dear ! ♥

Kamu pemilik tulang rusukku ~



WANITA: Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?


LELAKI: Kamu!!!


WANITA: Menurut kamu, saya ini siapa?


LELAKI: (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti) Kamu, tulang rusukku!



Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena tidur, Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa.Semua LELAKI mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi merasakan sakit di hatinya.




Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kes ibubapa dan  masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadi membosankan. Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan cinta satu sama lain. Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas.






Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran.WANITA lari keluar rumah. Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak "Kamu tidak cintakan saya lagi!!!"LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga berteriak "Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang rusukku!!!"

Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat.LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali. Dengan berlinang air mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad untuk berpisah. "Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing" .






Lima tahun berlalu. LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha mencari khabar akan kehidupan WANITA. WANITA pernah ke luar negeri tetapi sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai. LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya. Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit di hatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA.







Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di mana banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah dinding pembatas.


LELAKI: Apa khabar?

WANITA: Baik... Kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?

LELAKI: belum



WANITA: Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut. Saya akan kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan. Kamu tahu nombor telepon saya kan ? Tidak ada yang berubah. WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz
"Selamat tinggal.."







Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah seorang korban Menara WTC. Malam itu, sekali lagi, LELAKImeneguk kopinya dan kembali merasakan sakit dihatinya. Akhirnya dia sedar bahwa sakit itu adalah kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya dia patahkan.....





Nota Kasih Sayang 


Kita menempiaskan 99% kemarahan walau kepada orang yang paling kita cintai. Dan akibatnya adalah penyesalan. Seringkali penyesalan itu datang di kemudiannya, akibatnya setelah kita menyedari kesalahan kita, semua sudah terlambat.



Kerana itu,jagalah dan sayangilah orang yang dicintai dengan sepenuh hati.Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu, apakah kata-kata yang kau ucapkan akan menyakiti orang yang dicintai? Kira merasakan akan menyakitinya, sebaiknya jangan pernah dilafazkan. Kerana semakin besar risiko untuk kehilangan orang yang dicintai.

Jadi berfikirlah,  adakah kata-kata yang akan dilafazkan sebanding dengan akibat yang akan diterima?
Sentiasa lah berhati-hati .. ^_^



sumber : blogspot 




♥ Thanks for reading dear ! ♥

Sunday, January 8, 2012

Entry 2012

Assalamualaikum... ^_^


lama ayu x jenguk2 sini ..  al maklum lah .. bulan exam kan .. ayu agak bz before exam tuu ... pejam , celik , pejam , celik .. dah masuk 2012 kann .. alhamdulillah .. ayu masih diberi peluang untuk bernafas di muka bumi ini ,dan menjalankan tanggungjawab as khalifah here ... :) 

hurm ... sekarang dah 9hb .. ayu dah lepas 5 paper ... alhamdulillah .. 2 more to go ! ^_^

ayu start 3 , 4 , 6 and 7hb .. for 7hb ada 2 paper .. pagi n ptg .. cyesly , memg penat gile subject pun sume tough2 ... hope xde yang REPEAT ! huh, takott lah ~ 

ok now . 2 paper more ... FAR2 and OB ! senang ke susah .. tunggu lah di hari kejadian .. hik3 ~ jika cukup persediaan .. insyaAllah .. boleh .. mudah-mudahan Allah permudahkan segala nye .. :) 

ok lah , azam tahun ne ... 

hope 2012 menjadi tahun yang lebih baik dari sebelum ni .. insyaAllah .... ayu pun mahu berubah menjadi yang lebih baik ... ^_^ 

p/s : mudah-mudahan pointer sem ne meningkat ! hehe .. 

♥ Thanks for reading dear ! ♥

Friday, November 11, 2011

Thank you Allah~


♥ Thanks for reading dear ! ♥

Friday, October 28, 2011

Kisah Nobita dan Sizuka !

-Kisah Nobita dan Sizuka- Insaf selepas baca


Di suatu malam depan panggung wayang…

Sizuka : Best tengok wayang dgn awk td..kelakar je cerita tu..xbosan kan?
Nobita : A’ ah xbosan. Best!
Sizuka : Kalau best, knp awk letakkan kepala awk kat bahu sy & beritahu sy y awk mengantuk?
Nobita : Errr~ hehe..


Sizuka : Nasib baik kita pakai sweater kn awk? Kalau x, mesti sejuk dalam tu td.
Nobita : A’ah..btul3! Xdela sejuk sgt td bila dah pakai sweater ni.
Sizuka : Klu xsejuk, kenapa awk pegang tangan sy & beritahu y awk sejuk?
Nobita : Errr~ hehe..

Mereka pun menuju ke i-City..


Sizuka : Awk, sy cantik x?
Nobita : Awk kn syg sy..mestilah cantik..
Sizuka : Kalau sy ni betul cantik bagi awk, kenapa bila sy pakai baju-baju tertentu baru awak akan puji sy cantik. Kalau sy pakai baju longgar, awk diam je..kadang-kadang awk akan tanya saya kenapa pakai baju besar..kalau sy pakai baju ketat, baru awk puji sy cantik..knp ye?
Nobita : Errr~ hehe..

Mereka pun tiba di i-City..

Sizuka : Jom snap pic wak..sy nak tangkap gambar awk bawah lampu tu.
Nobita : Kita tangkap gambar berdua la syg. Meh sini, duduk sebelah sy. Rapat sikit, nanti xmasuk plak gambar awk.
Sizuka : Boleh ke rapat-rapat ni?huu
Nobita : Takpe de..awk kn awek sy..
Sizuka : Awek je..bukan isteri yg sah..
Nobita : Errr~ huhu..

Sizuka : Nanti sy simpan gambar kita ni dalam laptop sy ye wak.
Nobita : Alaa..upload la terus dalam fb.
Sizuka : Eh..boleh ke..xelok la wak..gambar tu dah la awk & sy je..yang ke-3 syaitan..pastu nak pergi heboh 1 dunia tentang dosa y kita buat..xmalu ke?huu
Nobita : Errr~ huhu..

Mereka pun pulang..

Sizuka : “Awk, awk syg sy x?
Nobita : Mestilah syg..syg sangat2 tau..haa
Sizuka : Buktinya??
Nobita : Eh..mcm ajak bergurau je..nak sy kiss pipi awk tu ke syg?hehe
Sizuka : Ish..apa ni? Teruknya pemikiran awk..huu
Nobita : Eh..errr~ huhu

Sizuka : Mak sy kata, kalau kita syg sesuatu tu, kita akan jaga sebaik mungkin.
Nobita : Eh..mestila! hehe
Sizuka : Tapi awk tipu sy!huu~
Nobita : Eh..kenapa plak sy tipu awk??
Sizuka : Kalau awk syg sy, mestilah awk jaga sy sebaik mungkin tp awk xjaga sy dgn baik pun..awk sentuh-sentuh sy, pegang tangan sy, cuba nk kiss sy,ajar sy buat benda bukan-bukan yg sy xpernah buat sebelum ni, selalu ajak sy keluar malam-malam.

Nobita : Owh..sekarang awk nak salahkan sy la ajak awk keluar malam?? Mak ayah awk yg bg izin tau!
Sizuka : Memang diorang y bagi izin tapi awk tau x y diorang jugak y akan tanggung dosa sy dgn awk malam-malam macam ni sbb diorang bg izin pada sy ank perempuan diorang utk keluar dgn lelaki bukan mahram tanpa adik atau abang sy sebagai peneman pastu buat benda-benda xsenonoh! Pegang sana pegang sini..awk tau x panggung wayang tu mungkin sejuk bagi awk sampai terpegang tangan sy dgn sengaja, tp neraka tu teramat panas & tangan awk y memegang tangan sy tu akan dibakar dalam api neraka berulang kali..awk sedar x semua tu?? Tangkap gambar nak kepit-kepit, padahal boleh je tangkap gambar sorang-sorang kan..then, nak heboh kat 1 dunia. Pastu nanti org ‘like’ awk pun suka sebab orang tau siapa awek awk & hubungan awk dan sy kononnya bahagia tapi awk sedar x yang malaikat sentiasa mencatat segala apa yg kita buat..awk ada ilmu agama..klu xde ilmu agama pun, awk tau benda tu salah..tp kenapa masih buat? Awk sedar x semua tu???

Sizuka : Ingat Allah tak waktu awk buat semua tu?? Awk tu belum tentu jodoh sy, nak sentuh-sentuh sy. Kalau da awk nak sentuh-sentuh sy, apa je y suami sy boleh dapat special dari sy sbg isterinya y sah? Awk nak ke isteri awk dah macam sisa orang? Awk mesti akan cakap awk akan pastikan y awk akan nikah dgn sy sebab tu awk boleh sentuh-sentuh sy..tp awk sedar x y awk tu siapa?? hanya hamba Allah…awk bukan tuhan utk tahu siapa jodoh sy & jodoh awk..awk sedar x semua tu??? Klu betul awk syg sy, awk jaga lah sy baik-baik, beri sokongan sy jd muslimah solehah…dekatkan diri pada Allah, mohon pada Allah supaya izinkan kita dijodohkan bersama kerana sy ni milik Allah..ibu bapa hanya penjaga sy, mereka menjaga sy dgn penuh kasih sayang & didikan y baik sehingga sanggup memberi kepercayaan pada awk utk menjaga sy, tp awk jaga sy x??awk jaga sy x?? x kan..awk bawa sy kea rah keburukan..awk sedar x semua tu??? Banyak lagi y awk buat kat sy, sy pun terlalu kurang pandai ikutkan je kemahuan awk..nanti kat neraka bila Allah soal sy dgn dosa-dosa maksiat y kita buat, bukannya awk dapat backup sy dpn Allah..kn?? Tolonglah tahan diri tu sehingga kita dah sah dinikahkan..huuu~

Suasana bertukar menjadi suram…sehinggalah nobita mula meluah perasaan…

Nobita : Kenapa x dari dulu awk cakap semua benda ni?? Kenapa bila kita dah lalui macam-macam baru awk nak luahkan semua ni???

Sizuka : Sebab sebelum awk nak couple sgn sy, awk janji yang awk akan jaga sy baik-baik. Awk suka dengan saya pun sebab bagi awk sy baik tapi semakin lama awak makin berubah. Perubahan awk turut merubah diri sy. Baru sekarang sy luah semua benda ni sebab selama ni sy sentiasa menanti agar Nobita y dulu kembali. Nobita y menjaga sy dgn baik. Sy tunggu Nobita tu..tunggu & terus menunggu kerana sy sayangkan dia. Tapi semakin lama sy tunggu, semakin menjadi-jadi…awk fikirlah baik-baik apa y sy sampaikan…kalau awk masih xberubah, lepaskan sy kerana Allah..

Nobita : ……......

~Pesanan : kepada pasangan yg hangat menyulam cinta & kasih sayang, jagalah batas anda! Ingat larangan Allah…cinta itu indah krn Allah yg menciptakannya tapi jangan sampai cinta utk Allah itu dinodai oleh cinta manusia..menjadi kebiasaan, dalam berkasih ada kesalahan y akan dilakukan..seringlah muhasabah diri & beranikan diri untuk mula buat perubahan..beranikan diri menegur pasangan sebelum Allah menegur dengan pembalasan & azab..wallahu’alam~

Renung2kan , dan selamat Beramal ! 
sumber : facebook .

♥ Thanks for reading dear ! ♥

entry kali ini ~


assalamualaikum , rasanye memang dah lama ayu x update tentang life ayu nee ~ actually . byk yg ayu nak luahkan kat sini . cume kadang2 terasa diri ini xperlu untuk berbuat begitu . malu jugak kot kalau orang baca entry life kite nee ~ wee! tp tu lah yg akan wat kita ok kan . kdg2 , ayu rasa x ready lg . hopefully , this will help me much better ! =)


ayu x mengharapkan orang baca pun , cukup la ayu sorang je yg baca entry2 ayu ne ~ ape yg ayu share dalam blog ne untuk ayu jgk . tp xlupa untuk jgk untuk kawan2 . hehe ~ kdg2 , ayu xsempat nak baca ape yg best . so ayu terus post je la kat blog , ada masa memg ayu akan baca lek sume2 tu .


hurm , ayu kat uma skrg ne , tu yg agak rajen nak update , kalau kat uum tu . line agak sslow untuk upload pic . tu salah satu sebb malas nak update! tp biasa nyeee  ayu kekeringan idea nak type nee . pdahal dalam kpala ne punya lah byk nak share . heheehe .


ayu niii x lah rajen sangat nak ber blogwalking tuu . cume kdg2 , nk jgk baca ape yg rakan2 blogger ne share ! hehe ~ just be silent reader ! still ok what** actually , ayu stress sgt2 duk kat uum tuu . ase nak pindah u aje . nk g ukm lehh ? kat sana ada si dia yg selalu dekat dihati . hihi ~ duk uma nak rehat2 , relax2 , buang masa , best nyee . xnk wat ape2 keje pun  tp . xbole . kene help my family . hurm , bukan xnk tolong tp dah penat la wat keje . ** alasan aje neee ! tp betul lah , ayu kat uma nak relax2 . :)


ala , merepek pandang suda . cukup2 lah kan . its tyme to sleep ! sok nak g release2 tension lah . relaxkn minda . aloha , assignment BKAS xsiap lg . waaa ~ try siapkan ye ayu ! hehehe ~ insyaAllah . nk faham coding2 ne . cm nk wat blog suda . hehe ~ ok , take care ya dear !


p/s : entry lepas ne , nak cube story2 about my life lah ! =) like my own diary , but its still my secret rite . hihi ~
just trying , saya budak baru belajar ! =)

♥ Thanks for reading dear ! ♥

Thursday, October 27, 2011

Doa Pengasih ~ ^_^

DOA PENGASIH



Doa pengasih ini baik diamalkan supaya mendapat kekasih yang dihajati. Jika suka seseorang itu berusahalah secara baik dan bukan secara paksaan seperti menggunakan minyak dagu, minyak cenuai dan lain-lain minyak yang dimentarakan dengan menggunakan sihir.

Jika mengamalkan ayat-ayat suci Allah SWT akan mendapat berkat serta kasih sayang yang tulin. Kasih sayang berpanjangan. Jika menggunakan ilmu pengasih yang menggunakan sihir, selepas masanya, kekasih anda akan sedar dia disihirkan. Jauhkan sihir kerana ia adalah syirik dan dosa besar . Tak bau syurga bila mati.

Firman Allah SWT maksudnya:
"(Ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: "Wahai ayahku! Sesungguhnya aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku". "(Surah Yusuf Ayat 4)

Caranya:

Setiap kali bertemu atau bersua dengan kekasih atau suami anda, bacalah kedua ayat ini.

Untuk mendapatkan kesan yang baik, hendaklah diamalkan selalu membaca dihadapannya. Tidak perlu membaca dengan kuat, memadailah dengan hanya membaca di dalam hati. Dihembus perlahan kearah mukanya. Selain itu, agar dikasihi masyarakat, bacalah kedua2 ayat ini setiap kali lepas solat sebanyak 3 kali.


InsyaAllah ~

♥ Thanks for reading dear ! ♥

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...